BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 3 June 2011

CINTA

something yang aku jumpa sal CINTA.. disebabkan aku tengah ANGAU ngan MR RAZI JOHARI tu, so entry aku pun banyak pasal CINTA ni.. haha.. aku just harap dapat bahagiakan dia.. bukan untuk hari ni je.. tapi untuk SELAMANYA..  :)

CINTA~
  • Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika
  • Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
  •  Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali
  •  Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta
  •  Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang
  • 6Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki
  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
  •  Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya
  •  Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda
  • Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan
ada yang betul, ada yang tidak.. namun, semua itu bergantung kepada diri.. macam2 falsafah tentang cinta.. hanya insan yang bercinta dapat mengetahui apa itu cinta.. saya cintakan awak, RAZI.. susah senang kita tempuh bersama.. pahit manis bercinta, kita redah bersama.. kerana, andai kekuatan cinta kita itu pasti dapat mengatasi segalanya dugaan. namun, berserah kepada Allah andai cinta kita hanya seketika.. saya sayangkan awak..

0 words from korang...: