BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 13 April 2012

::renungan dari seorang ukhti:need iman::

Iman adalah sebutir mutiara yang sukar untuk diperoleh, walau ke dasar lautan sekalipun direnangi, walau setinggi gunung pun didaki.Iman bukan boleh diwarisi, dari alim ulama', para anbiya', mahupun ibu bapa atau rakan.Iman bukan bermakna kita bergantung dan berharap pada manusia, mengagung-agungkan dirinya.Iman bukan sekadar menjadikan manusia biasa sebagai idola, tapi ia dari Tuhan, tempat kita mengharap.Iman bukan sekadar doa dan tawakal, bukan sekadar buat solat hajat, solat sunat, baca ma'thurat, baca yaasin, menangis, kenang ibu bapa dan keluarga tapi iman adalah satu perjuangan.Iman bukan sekadar mengadu masalah pada manusia, minta pertolongan mereka, ikut gerak geri mereka, semuanya bersandarkan kepada manusia.Tapi, iman adalah satu perubahan yang kita harapkan daripada Tuhan.Iman bukan sekadar menyampaikan tazkirah dan ceramah, beri teguran, senyum, beri salam, hormati orang lain, tapi iman adalah pergerakan hidup insan.Iman bukan sekadar ingat ibu, ayah, nenek, datuk, kakak, abang dan adik.Tapi iman adalah satu hidup yang penuh dengan Tuhan.Iman bukan sekadar memberi kata-kata manis, hikmah, mutiara kata dan sebagainya, tapi iman lebih daripada amalan dan kata-kata.Iman bukan sekadar takut pada guru, ibu bapa, musuh, tapi iman adalah ketakutan pada Tuhan.Iman bukan lahir daripada bibir, tapi satu hati kecil yang tak riak bila dipuji, tak marah bila dikeji, tak menangis bila ditimpa musibah, tak mengadu pada manusia bila diuji Tuhan, tak tumbang bila ditiup angin, tak putus asa bila melalui kesukaran, tak sedih bila keseorangan, tak lupa Tuhan bila dalam kegembiraan, tak pilih jalan yang memudharatkan hidup sebagai kesudahan, tak kagumi selain Tuhan, tak mengeluh dalam pekerjaan, tak mengharap pada insan.Dan sememangnya iman tu direct dari Tuhan, bagi mereka yang benar-benar cari kehidupan, bukan refer pada manusia, tapi dari satu mata yang pandai menilai keadaan, dari satu hati yang tak pernah berubah, dari satu pukulan dan iman tak pernah persoalkan apa-apa kefahaman melainkan kita hanya berangan-angan sepanjang menjalani kehidupan.Dan ingatlah, sesungguhnya manusia yang beriman telah melalui pelbagai mehnah dan ujian dunia.Jangan disangka setiap manusia yang dilihat dalam ketenangan, hidupnya sentiasa aman.Dan disebabkan ketenanganlah yang membentuk wajah hidupnya di sebalik kesusahan.Imanlah yang melapisi ketenangan itu.Dan untuk mencari iman, kita dekatkan diri pada Tuhan.Sememangnya manusia yang paling tabah adalah mereka yang sentiasa membina hidup yang penuh ketenangan, aman dan sentiasa berbakti pada makhluk Allah walaupun disebalik wajah dan hatinya, penuh dengan kesusahan, kepayahan tapi iman telah membentuk benteng JIHAD yang menjadi benteng kehidupan.Bukan sifat suka mengeluh, mengadu pada manusia ibarat menyalahkan Tuhan.Ingatlah setiap manusia yang berjaya lalui dugaan Allah, dia akan sampai ke maqam yang tinggi sebagaiman Rasulullah s.a.w lalui.Dan ingatlah bahawa tahap sesuatu ujian itu adalah harga dan darjat kasih sayang Tuhan.Semakin susah dan payah dugaan diturunkan, semakin sayang Tuhan pada manusia, dan semakin tinggi taraf manusia di sisi Tuhan.Berhati-hatilah, JIHAD itu sepatutnya kita sekadar lafazkan, kerana yang paling bermakna, jihad itu kita tetapkan di hati.Jihad adalah milik mereka yang mempunyai iman.Dan iman adalah milik mereka yang dekatkan diri pada Tuhan.Dan untuk mendekati Tuhan, bukan kita adukan atau harapkan pada manusia kerana setiap manusia semuanya sama.Hanya wajah yang membezakan.Selagi mulut adukan pada manusia, selagi hati cintakan manusia, selagi hati berkata tak tahu untuk lakukannnya, selagi hidup digantungkan pada manusia, sselagi manusia dijadikan sandaran, selagi hidup menjadi hipokrit, selagi hidup mengenangkan kisah lama.Semuanya takkan ke mana, selagi hidup bertapi-tapi, menunggu manusia lain untuk selamatkan kita, ketahuilah bahawa, mereka yang sentiasa menanti adalah orang yangt paling pemalas, paling lemah dan paling bodoh.Asyik mengharap pada manusia lan, sedangkan semua orang di dunia diciptakan sama, diturunkan ujian Tuhan.Setiap manusia memang sama, selagi hidup mempersoalkan, hidup akan menemukan kegagalan kerana semua jawapan ada pada Tuhan.BUKAN MANUSIA!Dan harus kamu sedar bahawa mereka yang masih bterpinga-pinga dengan masalah hidup, yang sebenarnya jalan penyelesaian terbuka di depan mata dalah manusia yang paling lemah, selemah-lemah makhluk Tuhan.Dan tiada siapa yang dapat menolongnya, walau seribu mujahidin, walau seribu ulama' memberi kata-kata nasihat melainkan dirinya sendiri.Bila dia bangun sendiri, bila dia mencari jalan sendiri, bila dia bina wawasan dan keazaman sendiri dan yakin dengan Ilahi, dan renungi fitrah, dan kejadian sendiri,bila dia melalui dugaan sendiri dengan penuh kesabaran, maka dia akan menemui satu ketenangan yang akan membentuk satu IMAN yang akhirnya melahirkan JIHAD dan membawa kita kepada Tuhan.Dan ingatlah, semua itu berlaku di hati, dan tak siapa tahu, hanya kita dan TUHAN.Hargailah masa, wahai sekalian manusia.Sesungguhnya tiada perkara yang menjadi ukuran pada setiap nmuslim melainkan ilmu.Masa sudah semakin SUNTUK!Hanya mereka yang bijak menyedarinya.Selagi kita belum dan kita masih mempunyai masa lagi.Sebenarnya tiada istilah lambat kerana itu satu ungkapanbagi mereka yang hanya layak untuk hidup dalam kelembapan dan mereka yang sentiasa tidur dan bersenang-lenang kala di dunia.Sentiasa berlenggang-lenggok menggerakkan mata dan kepala sekadar melihat sekeliling tetapi tidak berfikir, dan tidak membuat apa-apa.Sekadar mengharapkan insan lain sedangkan mereka yang lain sentiasa meneruskan perjuangan dan tak menghiraukan apa yang berlaku berbekalkan semangat untuk berjihad menuju ke akhirat untuk berjumpa dengan Allah...~

0 words from korang...: