BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers

Monday 6 June 2011

secebis.daripada.kehidupan.

Wahai hati yang sedang merindui~
Apabila kita mencintai seseorang,sebenarnya kita telahpun merelakan hati untuk dilukai. Apabila kita telah menyayangi seseorang,sesungguhnya kita telahpun membenarkan diri kita untuk membenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang,kita telahpun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa. Tapi itulah hakikat hidup. Pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas. Ada masanya,kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andai sejarah silam hanya melukakan hati. Namun ada ketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah dilalui. Ada masanya,kita terpaksa lepaskan peluang yang ada di depan mata. Ada waktunya,kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki kerana selalunya hakikat hidup tidak akan sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka. Kadangkala apa yang diinginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan. Ada kalanya apa yang kita harapkan tak akan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi. Harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai. Sedangkan segalanya belum tentu untuk menjadi realiti. Kasih sayang bukanlah hanya sekadar ucapan,bukan sekadar memiliki tapi ia sesuatu yang memberi nilai untuk kita terus hidup,memberi kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan. Bukanlah mudah untuk kita melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita,namun sebagai hamba-Nya,kita perlu redhakan apa jua yang berlaku. Sesungguhnya,apabila Allah memakbulkan doamu,maka Allah sayang padamu. Apabila Allah melewatkan apa yang dihajati,maka Allah sedang mengujimu. Apabila Allah tidak memakbulkan doamu,maka sebenarnya Allah telah menentukan sesuatu yang terbaik untuk dirimu. Oleh itu,jangan sesekali bersangka buruk terhadap Allah kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya… 

0 words from korang...: